Sempadan MukimPadang Terap mendapat nama daripada sejenis pokok terap yang banyak terdapat di suatu kawasan padang atau di tepi-tepi padang. Kawasan padang Padang Terap ialah kawasan yang di tumbuhi sajenis pohon yang tahan kemarau dan bergetah di panggil Pokok Terap (Artocarpus elasticus) . Oleh itu nama Padang Terap berasal dari pokok ini.

Padang Terap merupakan daerah dan kawasan parlimen yang terletak di Kedah, Malaysia. Daerah Padang Terap merupakan daerah yang ketiga terbesar di Negeri Kedah yang meliputi kawasan seluas 1357.0 km persegi. Lokasinya terletak bersempadanan dengan negara Thailand di utara, sebelah barat bersempadanan dengan daerah Sik dan Pendang.

Jumlah penduduk di Daerah Padang Terap adalah seramai 70,800 orang iaitu 36,100 orang lelaki dan 34, 700 orang perempuan.

(sumber rujukan https://www.dosm.gov.my & http://www.mdptk.gov.my).

Bukit Tembaga berasal dari sebuah gua atau lubang yang tanahnya bewarna merah seperti tembaga yang terletak berhampiran Bukit Putih, Bukit Lengoh dan Bukit Petai. Pada 1 Julai 1956, kerajaan persekutuan telah menubuhkan FELDA, sebagai badan korporat untuk memiliki tanah yang diuruskan oleh sebuah lembaga yang terdiri daripada pegawai-pegawai kerajaan dan ahli-ahli politik. Pada 1959, Menteri Pertanian, Encik Aziz Ishak telah mengisytiharkan Bukit Tembaga dikelola oleh Rancangan FELDA.

Jarak NADI Felda Bukit Tembaga dari pekan Kuala Nerang adalah kira-kira 12km manakala dari Alor Setar pula 24km yang mengambil masa lebih kurang 30 minit.

 

Ahli Parlimen - P.07 Padang Terap (PAS)  

yb nurul aminParlimen Padang Terap merangkumi dua Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Kuala Nerang dan DUN Pedu. Ahli Parlimen Padang Terap ialah YB. TUAN NURUL AMIN BIN HAMID

 

Ahli Dewan Undangan Negeri - N.07 Kuala Nerang (PAS)  

yusoff munirNADI Felda Bukit Tembaga berada di dalam kawasan DUN Kuala Nerang. ADUN bagi kawasan Kuala Nerang ialah YB. MOHAMMAD YUSOFF @ MUNIR BIN HJ. ZAKARIA